Bahasa : malay | english

RINGKASAN PROJEK


Penggunaan ubat-ubatan preskripsi dan farmaseutikal telah menyebabkan pengeluaran bahan-bahan farmaseutikal aktif (API) di dalam sumber air. API telah menjadi bahan kimia baru muncul kepada orang ramai kerana potensi mereka untuk terdedah kepada sistem air minuman adalah pada tahap kepekatan yang sangat rendah (ng/L). Oleh itu, pendekatan penyelidikan forensik alam sekitar holistik dan dinamik akan dijalankan untuk mengesan punca asal pengedaran bahan pencemar ini. Dengan mengenal pasti kejadian API dalam sistem air minuman, risiko toksik setiap bahan pencemar dapat dinilai secara menyeluruh dan sistematik.


Kajian yang dicadangkan ini dapat memberikan pemahaman yang mendalam mengenai ketersediaan, mobiliti, dan status pencemaran API di dalam air terawat di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan pemahaman orang awam, dan mengenalpasti serta mencadangkan tindakan pengawalseliaan sewajarnya melalui semakan dasar dan peraturan. Sebagai sebahagian daripada strategi ini, kajian ini sedang mengkaji cara-cara untuk menyaring dan memberi keutamaan kepada farmaseutikal yang berlaku dalam air minuman untuk potensi risiko kesihatan manusia pada tahap kepekatan yang rendah serta mengintegrasikan pendekatan pemodelan yang meramalkan pengedaran, laluan dan nasib API.


Pendekatan penyertaan komuniti juga akan dilaksanakan dalam penyelidikan yang dicadangkan ini bagi meningkatkan pengetahuan dan keprihatinan terhadap pelupusan ubat-ubatan farmasi yang betul dan mengurangkan bahan farmaseutikal di dalam air minuman. Maklumat yang dihasilkan daripada penyelidikan yang dicadangkan ini akan memberi impak secara meluas dalam keupayaan menilai risiko yang ditimbulkan oleh API dan juga untuk meminimumkan mikromolekul dan pengangkutan mereka ke bekalan air di hiliran. Hal ini akan membantu kerajaan dalam proses membalas kebimbangan orang awam yang peka terhadap isu ini serta mengambil tindakan sewajarnya dalam membuat pindaan kepada undang-undang dan sekaligus memastikan akses orang awam kepada air bersih dan terawat sebagai sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara di bawah Program Transformasi Kerajaan.


Kemaskini Terakhir : Wed, 05 Sep 2018 (nur_diyana)