Bahasa : malay | english

RISIKO KESIHATAN MANUSIA

Literatur mengenai farmaseutikal dalam air minuman adalah sangat terhad di Malaysia. Maklumat terhad ini telah membawa kepada kesan-kesan kesihatan manusia yang tidak jelas terhadap sistem air minuman di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan sepuluh kepekatan bahan aktif farmaseutikal aktif (Glibenclamide, Atenolol, Metformin, Metoprolol, Nifedipine, Simvastatin, Amlodipine, Salbutamol, Chlorpheniramine dan Gliclazide) di dalam air minuman di Malaysia menggunakan model pencernaan secara in vitro.


Kajian ini juga akan menggunakan bentuk bioavailable farmaseutikal untuk menilai risiko kesihatan daripada pendedahan farmaseutikal melalui air minuman menggunakan Penilaian Risiko Kesihatan. Nilai Ramalan Tiada Kesan Kepekatan untuk kesemua bahan farmaseutikal aktif yang disiasat dalam air minuman ini seterusnya akan menentukan kesan kesihatan akibat pendedahan farmaseutikal dalam air minuman.


Kajian ini dijangka memberikan bukti bahawa penggabungan penyelidikan farmaseutikal di dalam air minuman bersama dengan penilaian risiko kesihatan dapat memberikan gambaran yang jelas dan memenuhi jurang pengetahuan mengenai pendedahan residual farmaseutikal melalui air minuman.


Kajian ini juga berpotensi untuk digunakan untuk mengkaji kaedah kos efektif untuk mengutamakan farmaseutikal dalam konteks penilaian risiko manusia dan persekitaran keseluruhan.


DAPATAN KAJIAN SEMASA

1. Kit ELISA telah dibeli dan analisis sedang dijalankan

 

2. Penentuan farmaseutikal sedang dilakukan menggunakan air permukaan

 

3. Farmaseutikal dikesan di dalam air permukaan



Kemaskini Terakhir : Thu, 30 Aug 2018 (nur_diyana)