Bahasa : malay | english

Mengenai Kami

Rangkaian Penyelidikan Leptospirosis Malaysia (MyLepto) adalah rangkaian penyelidik yang dibentuk oleh tiga ahli asal dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang merupakan penerima skim geran utama daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Ditubuhkan pada 1 Julai 2015, rangkaian ini diketuai oleh Prof Dr Zamberi Sekawi dari UPM. Rangkaian pada masa ini, memberi tumpuan kepada aspek klinikal, mikrobiologi, kesihatan awam dan vektor. Rakan utama kami adalah Kementerian Kesihatan Malaysia. Rangkaian ini juga dibuka kepada penyelidik lain yang terlibat dalam penyelidikan leptospirosis.


Kemaskini Terakhir : Thu, 30 Jul 2020 (chewshuyih)