Bahasa : malay | english

Mengenai Kami

Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalanraya (RSRC) telah ditubuhkan pada tahun 1992 di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) oleh Allahyarham Dato’ Prof. Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi. RSRC adalah satu-satunya pusat penyelidikan di UPM dan negara-negara serantau yang memberi tumpuan penyelidikannya dalam bidang yang meliputi isu-isu keselamatan jalan raya yang berkaitan dengan keselamatan sistem pengangkutan dan infrastruktur, kenderaan, pemandu dan penumpang, penunggang dan pembonceng motosikal, penunggang basikal dan pejalan kaki.
 

RSRC berhasrat menjadi sebuah pusat penyelidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang memajukan penyelidikan keselamatan jalan raya untuk faedah manusia melalui misi berikut:
 

  • Sentiasa menjalankan penyelidikan yang berasaskan kemalangan jalan raya, keselamatan kenderaan, kejuruteraan pengangkutan di Malaysia dan negara-negara serantau digunakan.
  • Mengubah masalah ke dalam persoalan kajian dan membangunkan hasil penyelidikan dasar, program dan langkah-langkah tindakan.
  • Menyebarkan dan berkongsi hasil penyelidikan dengan masyarakat di seluruh dunia.


RSRC menjalankan penyelidikan dan perundingan melalui kerjasama bersama para penyelidik di dalam dan di luar UPM dari pelbagai disiplin seperti kejuruteraan keselamatan jalan raya, kejuruteraan pengangkutan, kejuruteraan mekanikal, sains sosial, epidemiologi, perubatan, ekonomi dan komunikasi.


Antara penyelidikan yang dijalankan di RSRC termasuk pemodelan dan pengurusan kemalangan, kecekapan penunggang motosikal, pengubahsuaian tingkah laku penunggang motosikal, pemakaian dan piawai topi keledar, keselamatan kenderaan, kawalan kecederaan penunggang motosikal, unjuran kos kemalangan,  lorong motosikal dan piawaian, kawalan pendedahan penunggang motosikal, keselamatan pejalan kaki, keselamatan penunggang basikal, pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Penyelidikan khusus (niche area) RSRC adalah keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal.


Kemaskini Terakhir : Tue, 30 Aug 2016 (lawteik)