Laboratori Penyelidikan Sains Halal berperanan dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan teknik terkini yang cepat dan tepat untuk mengesan ketulenan dan keselamatan produk halal. Antara teknik yang telah dibangunkan menerusi laboratori ini adalah kaedah instrumentasi, kromatografi, biologi molekul, mikroskopi dan analisis kimia dan fizikal yang melibatkan penggunaan alatan canggih seperti High Performance Liquid Chromatography (GC), Real-Time PCR, 4-Dimensional Gas Chromatography Time of Flight Mass Spectrometer (GC-TOF MS), Differential Scanning Calorimeter (DSC), Fourier Transform Infrared Spectrometer (FTIR) dan Electronic Nose (EN). Kemaskini Terakhir : Fri, 19 Dec 2014 (amirnuddinn)
|