Bahasa : malay | english

PENGENALAN

Negara maju dan berkembang termasuk Malaysia sedang menghadapi wabak obesiti dan pelbagai jenis penyakit tidak berjangkit yang lain (NCDs). Kelaziman NCDs yang semakin meningkat ini dipercayai sebagai hasil interaksi kompleks di antara faktor-faktor demografi, sosioekonomi, pemakanan, alam sekitar serta perubahan gaya hidup. NCDs yang pernah dikenali sebagai penyakit negara-negara maju dari barat, semakin manjadi ancaman kepada negara berkembang seperti Malaysia. NCDs menyumbang sehingga 60 peratus daripada jumlah kematian di negara berpendapatan rendah dan sederhana, dan pemakanan memainkan peranan utama dalam pencegahan dan pengurusan NCDs. Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Pemakanan dan Penyakit Tidak Berjangkit (RCoE-NNCD) yang ditubuhkan pada Januari 2014, bertujuan untuk menjadi pusat utama yang menumpukan kepada penyelidikan pemakanan untuk pencegahan dan pengurusan NCD di negara ini.

RCoE-NCDD mengandungi 5 bidang fokus utama iaitu:

Pembangunan Produk
Komponen Bioakif Makanan
Pendidikan Kesihatan dan Promosi Kesihatan
Diet dan Penyakit Kronik
Komuniti, Kesihatan Awam dan Pemakanan Klinikal

Dengan gabungan penyelidik dari sains pemakanan, pemakanan komuniti dan pemakanan klinikal, kami mengalu-alukan kerjasama dari universiti, industri, institut penyelidikan. Kami menjangkakan bahawa RCoE-NCDD akan mengambil lebih banyak projek berimpak yang berkaitan dengan pencegahan dan pengurusan NCDs yang lebih baik dalam masa terdekat. Untuk matlumat lanjut, sila hubungi melalui email: cym@upm.edu.my.


Kemaskini Terakhir : Sun, 08 Mar 2020 (cym)