Bahasa : malay | english

LATAR BELAKANG JURNAL

Pertanika merupakan jurnal berwasit antarabangsa yang berfungsi sebagai medium penerbitan dan perbincangan isu pertanian tropika serta bidang-bidang berkaitan.

Pertanika
memulakan penerbitan pertama pada 1978 sebagai Journal of Tropical Agricultural Science. Pada 1992, Pertanika diselaraskan kepada tiga jurnal berasingan, iaitu Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH), Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS) dan Journal of Science and Technology (JST), sebagai memenuhi keperluan jurnal yang lebih khusus dalam bidang pengajian.

Pengasingan ini memberikan ruang tumpuan yang khusus terhadap kekuatan bidang yang pelbagai di universiti. Pada tahun 2013, siri terbaharu dalam
Pertanika telah diwujudkan, iaitu Jurnal Pertanika MAHAWANGSA.

Siri jurnal ini lebih tertumpu kepada bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu.

MAHAWANGSA diterbitkan dalam
bahasa Melayu dengan kekerapan dua kali setahun, iaitu pada Jun dan November dan dibuka kepada penulis dari seluruh dunia.


Kemaskini Terakhir : Wed, 11 Mar 2015 (sfaiqah)