Bahasa : malay | english

sinopsis program

Penyelidikan yang dijalankan di bawah program ini bertujuan untuk mencari serta membangunkan terapi alternatif berasaskan sumber semula jadi daripada biodiversiti luas yang terdapat di Malaysia. Program ini juga melibatkan pembangunan terapi inovatif dengan menggunakan protein dan antibodi rekombinan serta sistem penghantaran drug seperti penggunaan nano particles. Aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan di bawah program ini melibatkan pembangunan terapi baru secara berperingkat termasuk identifikasi, pencirian, kajian in vitro dan in vivo, formulasi serta pembangunan produk dengan menggunakan kaedah penyelidikan terkini seperti PCR, microarray dan nano particles sizer and zeta potential system. Akhirnya produk-produk yang dibangunkan tersebut adalah untuk tujuan pengkomersilan.
Kemaskini Terakhir : Thu, 18 Dec 2014 (mazniaz)