Pusat Penyelidikan Sains Maklumat Geospatial (GISRC), Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1999 (sebelum ini dikenali sebagai Makmal Spatial dan Pemodelan Berangka) yang menumpukan kepada penyeliaan siswazah, penyelidikan dan pembangunan dalam Sains Maklumat Geospatial, Penderiaan Jauh dan Sistem Geospatial Pintar. Hasil kajian akan disebarkan melalui penerbitan, seminar dan persidangan. Disokong oleh penyelidik-penyelidik dan staf teknikal yang mempunyai latar belakang yang berkaitan, kami menawarkan penyelidikan dan perundingan dalam bidang GIS, Penderiaan Jauh, Kejuruteraan Geospatial dan Sistem Geospatial Pintar. Kemaskini Terakhir : Mon, 05 Oct 2015 (snadzah)
|