Master Kejuruteraan (Secara Kerja Kursus)
Program ini direka untuk pelajar penyelidikan, pengamal industri dan yang berminat untuk mendalami pemahaman teori dan praktikal dalam bidang sistem kawalan. Kursus-kursus dalam program ini memberi tumpuan kepada teknologi pintar sejajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkait rapat dengan Industri 4.0 yang merujuk kepada lima daripada sembilan teras utama iaitu Robotik, Internet of Things, Simulasi, Integrasi Sistem dan Kecerdasan Buatan. Graduan dari program ini dijangka dilengkapi dengan alat dan pengetahuan yang diperlukan dalam sistem kawalan serta menjadi graduan yang kompetitif dengan keperluan industri terkini termasuk Industri 4.0 dan Pendigitalan.
Syarat Kemasukan untuk program berasaskan kerja kursus :
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan dengan CGPA 2.750; atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan dengan CGPA 2.500-2.749 serta sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan; atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan dengan CGPA 2.250-2.499 serta sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan; atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang Sains atau Teknologi yang berkaitan dengan CGPA 3.000; atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang Sains atau Teknologi yang berkaitan dengan CGPA 2.750-2.999 serta sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan; atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang Sains atau Teknologi yang berkaitan dengan CGPA 2.500-2.749 serta sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
Penyelaras Program
Dr. Ribhan Zafira Abdul Rahman
Tel: 603-9769 4449
Email: ribhan@upm.edu.my
Kemaskini Terakhir : Wed, 26 Mar 2025 (sanom)