Bahasa : malay | english

Pengenalan

Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan penyelidikan yang berkaitan dengan pemprosesan berskala bahan termaju dan bahan nano. Pihak kami mempunyai kepakaran dalam bidang sintesis karbon nanostruktur seperti karbon nanotiub dan kapas karbon nanotiub melalui proses pemendapan wap kimia (CVD) secara berterusan. Kemudahan sedia ada dalam proses pemendapan wap kimia (CVD) dan kemudahan peralatan lain membuka peluang penyelidikan seperti filem nipis superkonduktor, sinteisis bawah ke atas graphene dan graphene homolog. Penyediaan graphene oksida melalui proses berskala  atas ke bawah dan graphene bertitik kuantum juga sedang giat dijalankan. Proses berskala lain yang dijalankan disini juga melibatkan pemangkin sintesis bahan termaju.


1. Pusat peneraju dalam bidang pemprosesan bahan untuk bahan termaju dan bahan nano.

2. Pusat pembangunan pakar-pakar dalam bidang pemprosesan bahan untuk bahan termaju dan bahan nano.


Kemaskini Terakhir : Fri, 02 Oct 2015 (mohd_alee)