Bahasa : malay | english

Kata Aluan Timbalan Dekan (Penyelidikan & Antarabangsa)


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. 

 

Unit Penyelidikan dan Antarabangsa FPSK adalah sebuah unit yang diketuai oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Antarabangsa dan mempunyai seramai 8 orang staf sokongan yang membantu dalam melancarkan aktiviti-aktiviti unit tersebut. Unit ini bertanggungjawab ke atas kesemua perjalanan aktiviti penyelidikan serta pengantarabangsaan fakulti yang selaras dengan visi dan misi fakulti serta universiti untuk menjadi sebuah gedung ilmu yang aktif menjalankan penyelidikan serta bertaraf antarabangsa terutama dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

Sejak penubuhan FPSK pada tahun 1996, aktiviti penyelidikan dan pengantarabangsaan telah berkembang pesat dikalangan pensyarah.Pelbagai anugerah penyelidikan telah dicapai oleh para pensyarah fakulti dan beberapa MOU/MOA juga telah ditandantangani bersama institusi pendidikan luar negara bagi meningkatkan aktiviti pengantarabangsaan. Selain itu, terdapat 2 buah bidang tujahan dalam bidang sains kesihatan yang aktif menjana output penyelidikan iaitu:

 

  1. Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Pemakanan dan Penyakit Tidak Berjangkit
  2. Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Genetik dan Perubatan Regeneratif (Genetics & Regenerative Medicine Research Centre)

 

Dalam usaha meningkatkan lagi aktiviti penyelidikan tersebut, sebuah unit penyelidikan klinikal (CRC) telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2016 dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2016. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengadakan perkhidmatan perundingan penyelidikan klinikal oleh panel-panel perunding yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah fakulti, bengkel-bengkel yang berkaitan dengan pengurusan penyelidikan serta penjanaan output penyelidikan samada dalam bentuk penerbitan jurnal atau harta intelek. Penjenamaan Semula Unit Penyelidikan Klinikal (CRC) kepada Unit Sokongan Penyelidikan Fakulti (Faculty Research Support Unit) (FRSU) di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM telah dibincangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Fakulti (MPF) Ke-135 pada 2 Jun 2021, dan dibincangkan semula pada MPF Ke-136 pada 7 Julai 2021, dan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi antara FPSK dan HPUPM pada 23 Julai 2021 bersetuju terhadap penjenamaan semula unit ini.

Sekian, terima kasih.

 

PROFESOR DR. RUKMAN AWANG HAMAT
Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Antarabangsa)

Tel: +603-9769 2501
Emel: upa_medic@upm.edu.my

 



Kemaskini Terakhir : Wed, 31 May 2023 (qayyumalemilhadie)