Bahasa : malay | english

Peranti Elektron

Program Peranti Elektron telah ditawarkan di bawah laboratori Peranti Fungsian bermula tahun 2012. Tujuan program ini ditawarkan adalah untuk mendedahkan asas dan kegunaan penyelidikan di dalam pembangunan bidang semikonduktor dan bahan-bahan elektronik dan juga analisis mikro bagi tujuan membangunkan peranti baru atau penambah baikan peranti yang sedia ada. Visi program ini diwujudkan adalah untuk menghasilkan peranti elektronik dan sensor terkini untuk mempertingkatkan keupayaan dan ketahanan mengikut arus semasa yang semakin kompleks. Bidang penyelidikan bagi program ini termasuklah nanoelektronik dan MEMS, RF dan penuaian tenaga.
Kemaskini Terakhir : Mon, 05 Oct 2015 (alirani)