Bahasa : malay | english

SEJARAH




Pusat Penyelidikan Perumahan (Housing Research Centre)
atau singkatannya HRC secara rasmi ditubuhkan pada tahun 1996 dengan matlamatnya untuk menyediakan perumahan berkualiti termampu untuk pasaran global oleh Jawatankuasa Penyelidikan Universiti sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan.

Semasa penubuhan, pusat ini telah memfokuskan penyelidikan dalam bidang bahan kos rendah untuk pembinaan, sistem bangunan dan konkrit pratuang dengan peruntukan yang berjumlah kira-kira RM1.12 Juta geran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah Rancangan Malaysia ke Enam. HRC telah dibuka secara rasminya pada 16 Julai 1996 oleh YAB Dato’ Mohamad Bin Mohamad Taib, Menteri Besar Selangor. Plak perasmian diletakkan di Rumah Uji kaji Blok Haenar yang kemudiannya menjadi pejabat pentadbiran sementara HRC.

Geran penyelidikan sebanyak RM500,000.00 telah dianugerahkan oleh pihak Malaysian Resources Cooperation Berhad (MRCB) untuk operasi selama lima tahun. Di samping itu juga YAB Menteri Besar Selangor telah mengumumkan penubuhan Kursi Selangor Darul Ehsan dalam Pembinaan Termaju bernilai RM2.0 juta bertujuan untuk penyebaran penyelidikan termaju dalam bidang pembinaan Negara.

Kemaskini Terakhir : Mon, 07 Jan 2019 (norliyana_karim)