Bahasa : malay | english

Mengenai

Teknologi sensor merangkumi pembelajaran dan penyediaan bahan deria dan dicirikan menggunakan transduser yang berkaitan, pemprosesan isyarat dan rekabentuk sistem atau peranti (termasuk berskala mikro dan nano) dalam membangunkan sensor untuk memenuhi permintaan masyarakat dan industri. Sistem sensor termasuk (tetapi tidak terhad kepada) sensor elektronik, sensor bio dan sensor kimia. Teknologi sensor memainkan peranan penting sebagai teknologi utama dalam menyokong pelbagai kegunaan penyelidikan dan aplikasi industri. Ianya juga merupakan unsur penting yang boleh digunapakai dalam keselamatan air, alam sekitar dan teknologi hijau.

1. Untuk menjadi peneraju pusat penyelidikan Teknologi Sensor bagi Bahan Maju dan Bahan Nano.
2. Untuk melahirkan pakar dalam bidang penyelidikan Teknologi Sensor bagi Bahan Maju dan Bahan Nano.
3. Untuk menjadi pusat penyebaran ilmu penyelidikan Teknologi Sensor bagi Bahan Maju dan Bahan Nano.
4. Untuk membina jaringan kerjasama strategik antara penyelidik tempatan dan antarabangsa daripada institusi-institusi awam dan swasta.
Kemaskini Terakhir : Thu, 08 Oct 2015 (i_helina)