Bahasa : malay | english

Mengenai kami

Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM adalah antara pusat penyelidikan utama dalam bidang polisi dan pengurusan halal. Ia memberi fokus kepada aktiviti-aktiviti penyelidikan yang ada hubungkait dengan pembangunan undang-undang, polisi, pengurusan dan pemasaran produk halal. Oleh yang demikian, isu-isu seperti fatwa, penyembelihan halal, urustadbir halal, pelaksanaan, liability produk, kualiti dan keselamatan, kepenggunaan, pemasaran dan pembangunan perniagaan adalah sebahagian daripada bidang penyelidikan yang diberi tumpuan di Laboratori ini. Selain daripada itu Laboratori juga memberi fokus terhadap pembangunan Sistem Kualiti Islam (IQS) yang merangkumi Penanda Kawalan Kritikal Haram (HaCCP), Amalan Pengilangan Halal (HMP) dan Prosedur Pelaksanaan Standard (SOP). Sebagai sebuah pusat penyelidikan utama, Laboratori juga bertindak sebagai badan perundingan kepada pihak industri dan juga pihak berkuasa kebangsaan


Kemaskini Terakhir : Fri, 19 Dec 2014 (salehan)