Bahasa : malay | english

Tech Plan Grand Prix Peringkat Malaysia


Disediakan oleh Azrina Azlan

Gambar diambil oleh Khoo Hock Eng and Lim See Meng


KUALA LUMPUR, 22 Mei (UM) - Tech Plan Grand Prix yang julung kali diadakan di Malaysia amat berjaya. Pada 22 Jun 2015 di Komplex Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaya, seramai 13 kumpulan yang bersedia dengan pelan perniagaan asal mereka berkumpul untuk menghebahkan idea mereka. Acara itu bermula dengan ucapan ringkas oleh Profesor Dr. Rofina Yasmin Othman, Pengarah UMCIC, Universiti Malaya. Ucapan beliau merangkumi kepentingan inovasi dari penyelidikan dalam usaha tersebut selalunya disokong oleh Universiti Malaya dengan contoh syarikat-syarikat yang diusahkan oleh graduat universiti tempatan.


Dalam acara itu, tempat pertama dimenangi oleh Kumpulan C-Heart dari Universiti Putra Malaysia, dimana pelan perniagaan mereka adalah "Production of supercritical carbon dioxide extracted C-Heart Oil" oleh Dr. Khoo Hock Eng and Profesor Madya Dr. Azrina Azlan. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh dua kumpulan dari Universiti Malaya (Tempat Kedua: Kumpulan Flash, "Mini Desktop size selective laser sintering", Darween Reza Sabri, Chu Wei Hong dan Vincent Lok; Tempat Ketiga, Kumpulan N-ext, "Nanofibre wound dressing", Chen Li Chau dan Dr. Amalina Binti Muhammad Afifi). Pemenang tempat pertama akan mewakili Malaysia untuk bertanding di Agri Science GP, Tokyo Jepun pada 3 Oktober 2015. Kumpulan C-Heart Team akan bertanding dengan kumpulan-kumpulan dari Jepun dan lain-lain kumpulan pemenang dari Singapora dan Taiwan.


Untuk maklumat lanjut, layani laman sesawang https://en.lne.st/my/.





TPGP 1



TPGP 2

Kemaskini Terakhir : Tue, 01 Sep 2015 (khoo_hock)