Bahasa : malay | english

Mengenai

Program ini memberi tumpuan kepada sintesis dan pencirian bahan nano serta komponen yang melibatkan penggunaan bahan-bahan bersaiz nano. Kajian yang dibuat atas bahan-bahan ini merangkumi aspek-aspek asas ke arah pengapplikasian potensi mereka. Penyelidikan yang dilakukan bawah program ini meliputi bahan nanokomposit dan bahan-bahan berstruktur nano seperti logam, aloi, seramik, tiub nanokarbon dan hidroksida dua lapis.

Objektif

i) Menyediakan satu platform bagi mengumpul penyelidik dalam membina rangkaian kerjasama dalam penyelidikan terutamanya dalam bahan nano

ii) Memperkukuhkan kepakaran bagi meletakkan ITMA dalam spektrum global

iii) Memberi pendedahan kepada penyelidik dengan penyelidikan terkini dalam bidang bahan nano

iv) Memupuk semangat berkecimpung dalam bahan nano di kalangan pelajar dengan harapan untuk melahirkan pemimpin penyelidik masa depan


Kemaskini Terakhir : Wed, 07 Oct 2015 (marzieana3)