Bahasa : malay | english

Pengenalan

Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan produk inovatif menggunakan bahan termaju dan bahan nano untuk pelbagai aplikasi. Pelbagai jenis bahan nano yang digunakan termasuklah  karbon nano berasaskan karbon nanotiub (CNT), graphene oksida dan graphene oksida yang diturunkan, graphene bertitik kuantum serta pelbagai jenis nanopartikel logam oksida yang lain. Produk-produk dalam proses pembangunan adalah pelbagai termasuk bendalir nano iaitu bahan nano yang cecair penggerudiannya dipertingkatkan dan cecair pemindahan haba untuk bandalir mikro, sistem nanoemulsi seperti bahan api nanoemulsi, racun perosak, pelbagai nanokomposit, pemangkin nano, lapisan nano dan bahan-bahan pelbagai guna. Sifat penyelidikan di bawah program ini adalah antara kajian asas kepada penyelidikan gunaan untuk mebuktikan konsep dan ujian prestasi.


1.Menjadi pusat peneraju penyelidikan dalam bidang teknologi bahan untuk bahan maju dan bahan nano.
2.Pusat pembangunan pakar di dalam bidang teknologi bahan untuk bahan maju dan bahan nano

Kemaskini Terakhir : Wed, 07 Oct 2015 (amir.reza)