Bahasa : malay | english

Mengenai

Salah satu program yang ditawarkan di bawah laboratori ini bermula pada tahun 2012. Program ini tertumpu dalam melaksanakan penyelidikan asas dan gunaan dalam pertumbuhan semikonduktor dan bahan berkaitan elektronik, serta analisis mikro dengan tujuan untuk membangunkan peranti elektronik yang baru dan lebih baik. Visi bidang ini adalah peranti elektronik dan sensor generasi akan datang untuk prestasi dan kebolehpercayaan yang lebih baik dalam persekitaran yang kompleks. Bidang penyelidikan termasuk nanoelektronik dan MEMS, RF dan penuaian tenaga.

1. Untuk menjadi peneraju pusat penyelidikan Peranti Elektron bagi Bahan Maju dan Bahan Nano.
2. Untuk melahirkan pakar dalam bidang penyelidikan Peranti Elektron bagi Bahan Maju dan Bahan Nano.
3. Untuk menjadi pusat penyebaran ilmu penyelidikan Peranti Elektron bagi Bahan Maju dan Bahan Nano.
4. Untuk membina jaringan kerjasama strategik antara penyelidik tempatan dan antarabangsa daripada institusi-institusi awam dan swasta.


Kemaskini Terakhir : Mon, 05 Oct 2015 (marzieana6)