Bahasa : malay | english

SEJARAH

Centre of Excellence on Lightning Protection (CELP) adalah salah sebuah institusi di dunia yang ditubuhkan bertujuan untuk penyelidikan dan promosi keselamatan dan perlindungan kilat. CELP beroperasi di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Putra Malaysia. Pada awal penubuhan CELP, objektif utamanya adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang keselamatan dan perlindungan kilat di kalangan negara-negara Asia Selatan dan negara-negara sedang membangun. Ia ditubuhkan dengan usahasama saintis dari Amerika Syarikat, Colombia, Mexico, Sweden, Sri Lanka, Malaysia, India, Bangladesh dan UAE.  


Pada tahun 2008, Ahli Jawatankuasa Penasihat CELP mengambil keputusan untuk memindahkan institusi ini secara rasminya ke Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Keputusan ini dilihat sebagai lonjakan besar dalam pembangunan sains kilat pada masa dan tempat yang sesuai.

 

Pada tahun 2012, selaras dengan polisi UPM dan juga untuk mencerminkan skop aktiviti, nama pusat ini telah ditukar kepada Centre for Electromagnetic and Lightning Protection Research. Walau bagaimanapun, singkatan pusat ini masih dikekalkan sebagai CELP.

 

Dengan sokongan dan usaha tidak ternilai oleh para saintis yang memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat CELP, CELP kini berkembang sebagai salah sebuah institusi terkemuka di dunia dalam mempromosikan kaedah dan teknik yang terbukti secara saintifik dalam penyelidikan, pendidikan dan aplikasi kilat dalam bidang berkaitan. 
Kemaskini Terakhir : Wed, 02 May 2018 (zawatinawi)