Bahasa : malay | english

CAPER

Mengenai Kami
Pusat Penyelidikan Kuasa Dan Tenaga Maju (CAPER) telah ditubuhkan pada tahun 2012. Matlamat CAPER ditubuhkan adalah untuk membangunkan dan menjadi barisan hadapan dalam penyelidikan dan pembangunan mengenai sistem kuasa supaya sistem kuasa elektrik yang sedia ada dan yang akan dibangunkan di Malaysia akan beroperasi secara optimum dan ekonomi (tiada bahan buangan). Kewujudan CAPER akan menjadi titik rujukan dalam menyelesaikan masalah penyelidikan dan pembangunan sistem kuasa melalui kerjasama dengan pihak utiliti seperti TNB, industri, pusat penyelidikan dan institusi pengajian tinggi di peringkat tempatan dan antarabangsa. Pada dasarnya, ia akan menjadi pusat sehenti bagi masalah sistem kuasa elektrik. Pada masa ini, sistem kuasa elektrik dikehendaki beroperasi dalam had kestabilan kritikal hasil daripada pengenalan kepada pendekatan penyahkawalseliaan (deregulation) sistem kuasa elektrik dan grid pintar. Dengan peningkatan permintaan kuasa dan kebimbangan terhadap penggunaan bahan api fosil dalam operasi penjana konvensional, paradigma baru penjanaan tenaga elektrik secara komersial dan teknikal di seluruh dunia menjadi lebih penting khususnya tenaga boleh diperbaharui. Oleh yang demikian, kajian yang berterusan dan terperinci perlu dijalankan untuk memastikan bekalan elektrik yang sedia ada berada dalam keadaan selamat.
Kemaskini Terakhir : Tue, 05 May 2015 (norman)