Bahasa : malay | english

DARI MEJA KETUA EDITOR

Salam,

ALAM CIPTA, International Journal of Sustainable Tropical Design Research and Practice bermatlamat untuk mempromosikan rekabentuk mapan melalui pembangunan ilmu berkaitan konsep, saintifik dan amalan dalam bidang alam bina dan rekabentuk.   Bidang alam bina dan rekabentuk semakin meningkat menjadi penting dan dicari kerana banyak masalah kini memerlukan penyelasaian kreatif dan inovatif. Proses rekabentuk kreatif yang amat penting didalam bidang alam bina dan rekabentuk adalah amat diperlukan untuk membolehkan pereka menyelesaikan sesuatu masalah melalui pelbagai cabang ilmu. Walaubagaimanapun, tanpa pembangunan ilmu yang mantap dalam disiplin alam bina dan rekabentuk , amat dikhuatiri bahawa disiplin alam bina dan rekabentuk boleh memberikan kesan yang tinggi kepada kesjateraan manusia, kualiti alam sekitar dan pembangunan ekonomi. Oleh itu, ALAM CIPTA memberikan ruang kepada semua yang berminat dengan bidang alam bina dan rekabentuk untuk berkongsi ilmu, pemikiran dan kritikan untuk penambahbaikan manusia, alam sekitar dan seterusnya ekonomi. 


Ketua Editor 
ALAM CIPTA
International Journal of Sustainable Tropical Design Research and Practice
Kemaskini Terakhir : Fri, 09 Jun 2017 (susanty)