Bahasa : malay | english

SEJARAH RINGKAS

ALAM CIPTA adalah jurnal yang diterbitkan oleh Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM pada tahun 2006.  Jurnal ini memuatkan artikel dari hasil penyelidikan serta juga penulisan mengenai projek professional dari ahli akademik fakulti.  En. Nasir Baharudin telah dilantik sebagai Ketua Editor yang pertama bagi jurnal berkenaan dan isu yang pertama telah berjaya diterbitkan pada bulan Januari tahun 2000.  ALAM CIPTA mengorak langkah kehadapan pada tahun 2006 apabila ianya dinaik taraf kepada jurnal sitasi berindex atau Citation Index Journal (CIJ) melalui satu proses penjenamaan, Alam Cipta telah diberikan nama baharu iaitu Alam Cipta: International Journal on Sustainable Tropical Design Research and Practise. Jurnal ini telah di indexkan didalam Design and Applied Art Index (DAAI) di bawah naungan Proquest dan Professor Dr Rahinah Ibrahim telah dilantik sebagai Ketua Editor. Alam Cipta kini diterbitkan 2 kali setahun (Jun dan Disember) dan merupakan salah satu jurnal utama dibawah naungan Bahagian Jurnal UPM: Pertanika.


Kemaskini Terakhir : Fri, 09 Jun 2017 ()